PROFIL SEKOLAH




LAGU SEKOLAH
Maahad Rantau Al Islami
Membentuk Generasi Berpotensi
Putera Puterinya Berjaya
Kebanggaan Agama Dan Negara

Berilmu Beriman Bertaqwa
Sahsiah Unggul Di jiwa
Demi Kecemerlangan Dari
Dunia Dan Akhirat

Guru Kami Ikhlas Mendidik
Tanpa Jemu Dan Putus Asa
Kami Janji Terus Berusaha
Menjadi Insan Yang Mulia

Maahad Rantau Al Islami
Membentuk Generasi Berpotensi
Putera Puterinya Berjaya
Kebanggaan Agama Dan Negara






SEJARAH SM AGAMA RANTAU

 Pada awal tahun 1950an keinginan penduduk tempatan di sekitar Mukim Rantau terutamanya di kawasan Kuala Sawah  yang diketuai oleh Penghulu Hj. Ahmad bin Idris untuk mewujudkan sebuah sekolah aliran agama untuk anak-anak mereka. Maka   pada  1 Jun 1959 dengan berbekalkan azam dan cita-cita yang kuat untuk mencapai hasrat tersebut akhirnya telah membawa hasil. Peringkat permulaan sebuah bangunan sementara telah dijadikan sebuah kelas. Bangunan ini merupakan bekas Kelab UMNO yang ditinggalkan semasa pemerintahan Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Tapak tanah bangunan ini telah diwakafkan oleh Pn. Hjh Atekah bt Samsudin. Walau bagaimana pun bangunan ini tidak sesuai digunakan untuk sekolah, tetapi usaha terus dijalankan untuk memperbaikinya.

Pada 22 November 1959 , satu mesyuarat telah diadakan atas persetujuan orang ramai, maka Jawatankuasa Penaja Pembinaan Sekolah Agama Mukim Rantau telah dilantik. Mereka terdiri daripada:
1.    Pengerusi      : YM En. Zainal Abidin bin Latif BEM, PJK, Penghulu Mukim Rantau
2.    Naib Pengerusi: En. Ahmad bin Idris
3.    Setiausaha     : Ustaz Awaluddin bin Osman
4.    Bendahari      : Tn. Hj. Mohd Nor
5.    AJK              : 28 orang penduduk Mukim Rantau

Tujuan Jawatankuasa Penaja ini untuk mendapatkan sumbangan derma dari orang ramai untuk mengumpul dana membiayai kos pembinaan sekolah ini. Atas daya usaha mereka, Ketua Pegawai Pelajaran Negeri Sembilan telah membenarkan sekolah ini dibina. Pembinaan sekolah ini di Lot 3655 iaitu di sebelah selatan SK Dato’ Akhir Zaman Rantau melalui surat kebenaran Bil (36) dlm P.Pelajaran NS 510/52. Maka dengan ini tapak sekolah ini berpindah dari tapak asalnya dari Kuala Sawah ke Pekan Rantau. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Oktober 1961 dan siap pada 1 April 1964.

Hasrat murni YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN kawasan Rantau untuk menyediakan prasarana yang lebih baik kepada SM Agama Rantau terlaksana apabila bangunan baru telah siap dibina pada Mac 2009. Seramai 12 orang tenaga pengajar bersama 96 orang murid bekerjasama melakukan kerja-kerja perpindahan dari Pekan Rantau ke Kuala Sawah pada 2 Jun 2009. Terdapat empat blok bangunan dengan menempatkan blok A untuk pentadbiran, blok B untuk bilik darjah dan bilik-bilik khas seperti Makmal ICT, bilik kaunseling dan Bilik Sukan. Dua lagi bangunan untuk makmal dan kantin sekolah.


SENARAI NAMA PENGETUA
1.    Tn. Hj. Abdul Razak bin Hj. Omar  (1971 – 1978)
2.    Tn. Mohd Ismail bin Osman  (1999 – 2000)
3.    Pn. Maliah bt Udin (2001 – 2003)
4.    Pn. Zawiyah bt Ibrahim (2003 – 2004)
5.    Pn. Normah bt Hj. Mansor (2005 – 2010)
6.    Pn. Nuri bt Ab Hak (2011 – 2017)
7.    Tn. Syed Dzulkarnain bin S Nordin (2018 hingga sekarang)



PROFIL SEKOLAH
BIL
PERKARA
1
Nama dan Alamat Sekolah

SEKOLAH MENENGAH AGAMA RANTAU
KUALA SAWAH, 71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
2
Kod Sekolah : NFT40001
3
Lokasi : Luar Bandar
4
Gred Sekolah :      A
5
Jenis Bantauan: Bantuan Kerajaan
6
Daerah Pentadbiran : Seremban
7
Jenis Murid : Lelaki dan  Perempuan
8
Maklumat Komunikasi
Telefon : 06-6943626
Faksimili: 06-6946277
Blog Sekolah

9
Nama Pengetua : SYED DZULKARNAIN BIN S NORDIN
10
Luas Kawasan Sekolah : 4 ekar
                                   (1.62 hektar)
11
Sesi Persekolahan : 1 sesi
12
Bilangan Guru : 25 orang
13
Bilangan AKP : 3 orang
14
Bilangan Murid : 195 orang
15
Bilangan Kelas : 8 kelas
16
Tingkatan: Tingkatan 1 - 5



No comments:

Post a Comment